Home > Kesihatan, Reiki Malaysia > Penyakit, Pesakit dan Sakit

Penyakit, Pesakit dan Sakit

Reiki MalaysiaSalam sejahtera kepada para pembaca…

Hmmm… Penyakit, pesakit dan sakit. Mesti kita pernah dengar perkataan-perkataan ini. Tapi adakah kita dapat membezakan ketiga-tiganya. Di sini saya nak kongsi apa yang saya faham tentangnya. Mudah-mudahan dapat memberi sedikit pengetahuan pembaca khususnya kepada para pengamal Reiki.

1) Apa itu PENYAKIT?
2) Apa itu PESAKIT?
3) Apa itu SAKIT?

Penyakit
Sekumpulan tanda dan gejala yang diberi nama.
Contoh:
Migrain (masalah sakit/panas kepala)
Kencing Manis (masalah gula berlebihan dalam darah)

Pesakit
Perlu dirawat kerana mereka ini mempunyai jiwa dan perasaan.

— Reiki penuh dengan kasih sayang, mengajar pengamalnya betapa penting sifat kasih sayang diterapkan sentiasa samada merawat diri sendiri, orang lain, haiwan dan tumbuhan.

Sakit
– Merupakan RADAR / signal dari Maha Pencipta. Ianya perlu untuk kita tahu yang kita sakit. Dan ianya merupakan proses akhir penyakit itu terzahir ke tubuh bila tiba masanya.

Reiki merawat ketiga-tiganya sekali. Tidak terpisah antara satu. Begitulah uniknya rawatan penyembuhan Reiki… Bukanlah saya mengatakan hanya Reiki satu-satunya rawatan paling berkesan, tidak kira apa jenis rawatan sekalipun, andai ketiga-tiga faktor di atas dilakukan serentak, maka ianya mempercepatkan proses penyembuhan berlaku..InsyaAllah.

Kadangkala ada pesakit yang dirawat pada sakitnya sahaja, tapi penyakit (punca penyakit) dibiarkan, tidak dirawat. Bila selang beberapa hari / minggu pesakit datang lagi untuk ambil ubat.. begitulah seterusnya. Sampai bila ya?🙂

Rawatlah sakit kerana rasa ini tidak selesa pada pesakit. Hilangkanlah terus penyakit yang menjadi puncanya dan jagalah pesakit, layanilah ia dengan penuh kasih sayang, senyuman dan kesungguhan kerana semua pesakit mempunyai jiwa dan perasaan… dari sudut psikologinya apabila pesakit dilayan dengan penuh keselesaan maka penyembuhan menjadi mudah kerana energi-energi positif sedang berkembang dalam diri pesakit. Buatlah pesakit tersenyum sebelum, semasa dan selepas rawatan.

Wassalam..

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: